Berikutan dengan angka kematian akibat virus H1N1 yang semakin meningkat hari demi hari saya merasakan adalah menjadi keperluan agar Kementerian Kesihatan Malaysia atau pihak berwajib di negara ini mewajibkan semua rakyat Malaysia menggunakan topeng @ mask di tempat-tempat awam seperti di sekolah & institusi pengajian awam.
Kita juga janganlah terlalu ghairah untuk menutup atau menghadkan perjalanan seseorang hanya kerana seorang ahli atau pelajar disabitkan dengan virus ini kerana ia hanya akan mewujudkan keadaan panik dikalangan masyarakat.Cuba anda bayangkan jika seorang pelajar yang diarahkan balik ke kampung atau ke kediaman masing-masing, meraka akan terus menyebarkan virus ini atau apa yang dipanggil 'domestic transmision' kepada sekitaran mereka.apalah kiranya mereka yang dijangkiti ini dibenarkan terus berada di sekolah atau pusat pengajian mereka agar tidak menjangkiti orang lain.
Saya kurang pasti apakah pelan atau strategi Kementerian dan Kerajaan dalam menangani isu ini yang semakin membimbangkan.atau adakah kita akan menyaksikan pembunuhan terancang pihak tertentu dan kita hanya membiarkan rakyat kita menjadi 'korban' H1N1 atau apa-apa sahaja virus di masa hadapan...
No comments:
Post a Comment