Influenza H1N1 ialah penyakit anggota pernafasan, yang disebabkan oleh jangkitan virus influenza strain baru jenis A.Ia telah merebak ke seluruh dunia mula dan dikesan dari Amerika Syarikat dan Mexico. Wabak ini dibimbangi pakar bakal menjangkiti berjuta-juta manusia. Ia adalah wabak flu pertama selepas 40 tahun.
H1N1 adalah strain yang sama yang sering menyebabkan wabak flu bermusim biasa ke atas manusia.Tetapi H1N1 yang ini agak berbeza: ia mengandungi genetik yang biasa ditemui pada virus yang menjangkiti manusia, burung dan babi. Walaupun ia berpunca dari babi, ia hanya menyebabkan penyakit kepada manusia sahaja.
Virus ini berjangkit apabila pesakit batuk atau bersin. Titisan cecair pernafasan yang keluar akan terkena tangan pesakit, permukaan-permukaan (surfaces) atau tersebar ke udara. Seseorang boleh dijangkiti sama ada melalui pernafasan,melalui sentuhan dengan tangan pesakit atau menyentuh permukaan-permukaan yang tercemar dengan titisan cecair pesakit.
No comments:
Post a Comment