Friday, July 24, 2009

Yasmin Ahmad Rebah, Tenat Di ICU!

Pengarah filem Sepet, Gubra dan Mukhsin, Yasmin Ahmad, 51, kini sedang bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Pakar Damansara di sini, selepas rebah di Sri Pentas, TV3, di Bandar Utama, kira-kira jam 3.30 petang tadi.Perkara ini dimaklumkan usahawan ternama, Datuk Khalid Mohd Jiwa (Datuk K) kepada murai.com.my yang berkata, Yasmin telah jatuh pengsan selepas beliau membuat presentation untuk satu projek terbaru yang turut menampilkan isterinya, Dato' Siti Nurhaliza."Selepas membuat presentation itu, Yasmin duduk di kerusi, memicit kepalanya dan berkata dia berasa tidak sihat. Tiba-tiba dia tertunduk ke atas meja dan mula tidak sedarkan diri. Kami terus memberikan rawatan CPR kepadanya dan kemudian memanggil ambulans.

Ketika ini Yasmin masih berada di ICU dan doktor sedang berusaha menyelamatkannya," kata Datuk K ketika dihubungi jam 5 petang tadi. Selain beliau, Siti dan kakitangan pengurusan TV3 juga berada dalam bilik mesyuarat itu ketika kejadian berlaku.Sementara itu, Pengarah Urusan Leo Burnett, Tan Kien Eng, berkata buat masa ini pihak doktor masih bertungkus lumus menyelamatkan nyawa Yasmin. "Saya kesal kerana spekulasi berkata Yasmin telah meninggal dunia. Saya harap semua yang mengenalinya berdoa agar dia selamat. Kami akan mengeluarkan kenyataan rasmi tentang keadaan Yasmin nanti. Doktor sudah pun membuat scan ke atas otaknya bagi mengetahui punca penyakit itu dan kini dia sedang menjalani pembedahan," katanya.Bagi Siti pula, dia akui benar-benar tergamam dengan apa yang berlaku ketika sesi presentation itu."Semuanya berlaku dengan pantas. Selepas Yasmin pengsan, kita cuba memberikan bantuan pernafasan. Siti juga turut memintanya supaya mengucap. Siti berdoa agar Yasmin akan selamat," kata Siti.Antara rakan artis yang terus berkejar ke hospital itu ialah Adibah Noor, Anne Abdullah, James Lee, Fatimah Abu Bakar, Jaclyn Victor dan ramai lagi. Nantikan laporan seterusnya bersama murai.com.my dan kita doakan agar Yasmin akan selamat.Perkembangan Terbaru Yasmin Dalam sidang media yang dilakukan di bilik mesyuarat Songket Room, adik ipar Yasmin, Datuk Dr Zakaria Zahari memberitahu bahawa Yasmin kini sudah berada di dalam keadaan yang stabil selepas menjalani pembedahan selama sejam lebih. "Secara dasarnya Yasmin telah diserang stroke (angin ahmar) yang menyebabkan pendarahan pada otaknya dan pembedahan segera terpaksa dilakukan bagi memulihkan keadaan. "Kini jantung Yasmin terpaksa bergantung kepada ubat yang menyokong tekanan darahnya. Dia kini berada di ICU. Dalam masa 2 jam ini, keadaannya memang cukup genting," katanya yang turut ditemani Datuk Dr Jemilah Mahmood yang juga Presiden Mercy iaitu Malaysian Medical Relief Society.

No comments:

Post a Comment