Wednesday, July 15, 2009

SPRM serbu pejabat dua tokoh DAP

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu pejabat dua pemimpin DAP, termasuk seorang exco kerajaan Selangor, bagi siasatan berhubung salah guna wang peruntukan DUN.Lima pegawai SPRM berada di bilik Ean Yong Hian Wah, exco pembangunan kampung baru dan kilang haram, selama 15 minit di bangunan sekretariat kerajaan Selangor dalam serbuan jam 3.30 petang ini.

Sebelumnya sepasukan tiga pegawai SPRM menyerbu bilik gerakannya di Seri Kembangan mulai jam 12.30 tengah hari tadi.Seorang lagi ADUN parti itu Lau Weng Sang turut menjadi sasaran serbuan SPRM. Tiada maklumat lengkap diperolehi setakat ini. Sebelum ini, SPRM pernah mengambil keterangan Ean dan Lau - masing-masing pengerusi dan setiausaha DAP Selangor - berhubung isu tersebut.

Seorang lagi exco kerajaan Selangor, Elizabeth Wong yang juga ADUN PKR bagi Bukit Lanjan, pernah memberi keterangan kepada SPRM.

No comments:

Post a Comment