Wednesday, July 29, 2009

Schumacher kembali?

Juara Formula Satu tujuh kali, Michael Schumacher pasti mempertimbangkan untuk kembali daripada persaraan dan memandu buat Ferrari, jika diminta menggantikan Felipe Massa yang cedera.Jurucakap Schumacher, Sabine Kehm memberitahu agensi berita Jerman DPA, sekiranya bintang Jerman itu didatangi oleh Ferrari, sudah tentu dia akan memikirkan tentang tawaran tersebut."Dalam keadaan ini, dia pasti akan mempertimbangkan dan tidak pernah mengkategorikannya sebagai 'tidak','' ujar Kehm.

Pengurus Schumacher, Willi Weber bagaimanapun menolak kemungkinan bekas pemandu berusia 40 tahun itu akan berlumba lagi."Michael sama sekali tidak akan berlumba di Valencia. Ia tiada dalam perancangan,'' katanya kepada satu lagi agensi berita Jerman, SID.
Ferrari pasti memerlukan pemandu baru untuk menggantikan Massa pada perlumbaan di Valencia, Sepanyol 23 Ogos ini.Massa tidak akan berlumba sepanjang musim ini kerana mengalami keretakan tengkorak ketika terbabit dalam kemalangan pada kelayakan GP Hungary, Ahad lalu.

"Apa yang kita harapkan daripada Schumacher sekiranya dia kembali memandu kereta Formula Satu? Pastinya kemenangan. Pengharapan daripada kedua-dua pihak tentunya amat tinggi,'' ujar Weber.

TERKINI : Sumber AP menyatakan bahawa pasukan BMW F1 akan menarik diri dari perlumbaan berprestij ini.Pasukan BMW mengalami musim muram mereka tahun 2009 selepas berjaya membaiki kedudukan tahun 2008.Awal tahun lalu Pasukan Honda juga telah menarik diri dari perlumbaan F1

No comments:

Post a Comment