Thursday, July 30, 2009

Asal kejadian ISA di Malaysia

Berikut adalah kenyataan Tun Razak di parlimen mengenai Undang-undang ISA pd 21 jun 1960 :-

Tuan Yang Dipertua, saya suka hendak terangkan sedikit berkenaan dasar Rang Undang-undang (Keselamatan Dalam Negeri) ini. Seperti Ahli-ahli Yang Berhormat ketahui bahawa Kerajaan bercadang hendak menamatkan darurat yang ada pada ketika sesudah 12 setengah tahun lama-nya iaitu akan tamat pada 31 haribulan Julai. Oleh itu mustahaklah diadakan Rang Undang-undang termasuklah Rang Undang-undang Keselamatan Dalam Negeri atau Internal Security Bill. Seperti yang telah diterangkan, kerap kali bahawa sungguhpun Darurat akan tamat pada 31 haribulan Julai ini, tetapi musuh iaitu pengganas komunis masih lagi ada di negeri kita di antara sempadan Tanah Melayu.

Sudah saya terangkan tadi lebih kurang 580 orang lagi pengganas komunis di sempadan Tanah Melayu dan barangkali 90 orang lagi ada dalam negeri Tanah Melayu. Jadi, mustahak-lah kita mengadakan satu undang-undang supaya dapat Kerajaan meneruskan serangan terhadap pengganas-pengganas komunis ini supaya dapat dihapuskan dengan seberapa segera. Begitu juga oleh sebab musuh masih ada dalam negeri kita yang mana musuh itu disebabkan dan memikirkan yang mereka itu telah kalah dalam peperangan yang akan menjalankan seberapa usaha tenaganya dengan cara meresap subversif hendak menjatuhkan Kerajaan negeri ini dan hendak merosakkan keamanan. Oleh sebab itu, mustahak-lah kita mengadakan undang-undang bagi mencegah atau melawan anasir-anasir subversif itu.

Undang-undang atau Rang Undang-undang yang ada ini bertujuan satu bagi hendak menjalankan peperangan di sempadan antara Tanah Melayu dengan Siam supaya pengganas komunis akan dihapuskan dengan segera. Kedua, hendak mencegah anasir-anasir pengganas komunis yang ada dalam negeri ini yang menjalankan pekerjaan dengan cara meresap atau subversif. Berkenaan dengan bahagian yang kedua Rang Undang-undang ini iaitu bagi melawan pengganas komunis di sempadan Siam, dan oleh sebab peperangan akan diteruskan maka terpaksalah diadakan kuasa-kuasa yang banyak sedikit pada pihak Kerajaan dan pihak tentera dan juga pihak Polis bagi menjalankan tugas mereka itu.

Oleh sebab itulah didapati bahagian yang kedua dalam Rang Undang-undang ini ada kuasa yang besar itu diberi setengah dari pihak Kerajaan dan pihak pegawai-pegawai tentera, akan tetapi kuasa itu hanya-lah boleh digunakan dalam kawasan-kawasan yang tertentu yang telah diisytiharkan menjadi security areas (kawasan keselamatan), dan Kerajaan hendak menjadikan di-kawasan sempadan Siam ia-itu kawasan-kawasan di sebelah utara negeri Perlis, sebelah timur negeri Kedah, di utara negeri Perak, dan sebelah barat negeri Kelantan. Kawasan yang lain tidak akan dijadikan 'security area'. Jadi, kawasan yang kedua dalam Rang Undang-undang ini akan digunakan dalam tempat yang tersebut sahaja. Berkenaan bahagian yang pertama dalam Rang Undang-undang ini sebagaimana yang saya katakan tadi bahawa kuasa yang dikehendaki itu supaya hendak mencegah anasir-anasir subversif yang ada dalam Tanah Melayu ini. Dan fasal yang mustahak sekali dalam bahagian ini ialah bahagian Fasal 8 berkenaan dengan kuasa hendak mempertahankan orang yang difikirkan merbahaya kapada Keselamatan dalam Negeri.

Saya suka terangkan di sini Kerajaan tidak suka hendak memberi perintah supaya seseorang itu ditahan. Akan tetapi oleh sebab difikirkan kadang-kadang mustahak kerana keselamatan negeri, maka terpaksa di-gunakan kuasa ini. Dan apabila seseorang itu telah ditahan, Kerajaan berusaha supaya mereka itu dapat dilepaskan dengan seberapa segera.
Semenjak tahun 1957 hampir 200 orang tahanan telah dikeluarkan, bagitu juga orang yang ditahan sekarang apabila Kerajaan berpendapat mereka itu tidak lagi merbahayakan kepada keselamatan negeri dan mereka itu benar-benar taat setia kapada negeri ini, mereka itu akan dilepas dan dibebaskan dengan saberapa segera. Jadi itulah caranya Kerajaan menjalankan kuasa yang ada di dalam tangan Kerajaan pada masa yang telah lalu.
Dan saya boleh memberi akuan kapada Dewan ini bahawa kuasa-kuasa yang akan diberi kapada Kerajaan akan digunakan dengan cermatnya dan dengan semata-mata memikirkan kepada kepentingan dan keselamatan negeri.

Oleh itu, saya harap Ahli-ahli Yang Berhormat akan memberi sokongan kapada Rang Undang-undang ini

Wednesday, July 29, 2009

Sarimah pula kini 'sendiri'...

Tak tahu nak kata bila terlampau banyak artis yang bercerai sekarang. Seolah-olah ikatan suci dipermainkan. Dah macam artis Hollywood pula.Siapa sangka Sarimah yang cukup dikenali dengan kepetahannya berbicara telah bercerai dengan pasangannya, Amir Andrew Abdullah sejak Disember tahun lalu.

Tiada siapa sangka badai yang melanda pasangan yang sempat melayari kehidupan suami isteri selama tiga tahun ini kerana tiada desas desus mengenai keretakan rumah tangga mereka diperkatakan. Rupanya hampir lapan bulan Sarimah menjanda.Perkenalan selama hampir sembilan tahun tak dapat menjamin perkahwinan Sarimah kekal bahagia ke anak cucu. Mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku.

Kepada Sarimah, tabah hadapi dugaan dan tak semua yang dirancang akan menjadi kenyataan. Banyakkan berdoa semoga dipertemukan dengan insan yang lebih baik. Semoga kita hari ini lebih baik dari kita semalam.

Sampel DNA siapa di pakaian Teoh?

Inkues berhubung kematian Teoh Beng Hock diberitahu bahawa satu sampel DNA milik lelaki yang tidak dikenali ditemui di bahagian belakang pakaian dan tali pinggang mendiang.Identiti lelaki itu belum dikenal pasti walaupun contoh sampel DNA daripada 102 individu terbabit telahpun diambil oleh Jabatan Kimia, kata peguam Tan Hock Chuan, yang dilantik membantu mengendalikan inkues bagi pihak kerajaan di hadapan KoronerAzmil Muntapha Abas.Tambahnya, lima sampel telah diambil daripada bahagian belakang blazer yang dipakai oleh Teoh pada hari kejadian dan hasil laporan menunjukkan terdapat dua DNA lelaki pada bahan bukti itu, lapor Bernama.

Satu daripada DNA itu dikenal pasti sebagai DNA Teoh, yang berpadanan dengan spesimen darahnya, manakala satu lagi pemilik DNA tidak diketahui. DNA lelaki misteri itu turut ditemui pada bahagian tali pinggang yang dipakai Teoh, yang bercampur aduk dengan DNA mendiang."Sampel daripada 102 individu telah diambil bagi menentukan sama ada DNA mereka ini sepadan dengan DNA yang tidak diketahui itu. "Laporan bagi 90 individu telah siap, sementara 12 lagi belum diperoleh."Saya turut dimaklumkan oleh pegawai penyiasat bahawa terdapat dua orang yang enggan memberikan sampel DNA mereka," Tan dipetik berkata.

Gobind Singh Deo, yang bertindak sebagai peguam pemerhati keluarga Teoh, menggesa pihak pendakwaan supaya memaklumkan kepada mereka sama ada terdapat sampel DNA daripada 90 individu itu yang sepadan dengan DNA lelaki yang tidak diketahui tersebut."Inilah salah satu sebab lagi mengapa pihak mahkamah perlu menangguhkan prosiding ini bagi menunggu keputusan penuh laporan DNA," Gobind dilaporkan berkata.Tan menjawab: "Sama ada terdapat padanan DNA daripada 90 individu ini dengan DNA yang tidak diketahui itu, perkara ini adalah lebih baik diberitahu sendiri oleh pakar kimia nanti."Teoh (foto, kanan sekali, sebelum ke pejabat SPRM) ditemui mati selepas memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor pada 16 Julai lepas di atas bumbung tingkat 5 Plaza Masalam, Shah Alam, yang menempatkan bangunan suruhanjaya tersebut.Kematian setiausaha exco kerajaan Selangor Ean Yong Hian Wah, yang menimbulkan pelbagai persoalan, mendorong kerajaan menubuhkan inkues dan suruhanjaya siasatan diraja bagi menentuk kematiannya dan prosedur siasatan SPRM.

Inkues tersebut, bermula hari ini, ditangguhkan ke Rabu depan.

Schumacher kembali?

Juara Formula Satu tujuh kali, Michael Schumacher pasti mempertimbangkan untuk kembali daripada persaraan dan memandu buat Ferrari, jika diminta menggantikan Felipe Massa yang cedera.Jurucakap Schumacher, Sabine Kehm memberitahu agensi berita Jerman DPA, sekiranya bintang Jerman itu didatangi oleh Ferrari, sudah tentu dia akan memikirkan tentang tawaran tersebut."Dalam keadaan ini, dia pasti akan mempertimbangkan dan tidak pernah mengkategorikannya sebagai 'tidak','' ujar Kehm.

Pengurus Schumacher, Willi Weber bagaimanapun menolak kemungkinan bekas pemandu berusia 40 tahun itu akan berlumba lagi."Michael sama sekali tidak akan berlumba di Valencia. Ia tiada dalam perancangan,'' katanya kepada satu lagi agensi berita Jerman, SID.
Ferrari pasti memerlukan pemandu baru untuk menggantikan Massa pada perlumbaan di Valencia, Sepanyol 23 Ogos ini.Massa tidak akan berlumba sepanjang musim ini kerana mengalami keretakan tengkorak ketika terbabit dalam kemalangan pada kelayakan GP Hungary, Ahad lalu.

"Apa yang kita harapkan daripada Schumacher sekiranya dia kembali memandu kereta Formula Satu? Pastinya kemenangan. Pengharapan daripada kedua-dua pihak tentunya amat tinggi,'' ujar Weber.

TERKINI : Sumber AP menyatakan bahawa pasukan BMW F1 akan menarik diri dari perlumbaan berprestij ini.Pasukan BMW mengalami musim muram mereka tahun 2009 selepas berjaya membaiki kedudukan tahun 2008.Awal tahun lalu Pasukan Honda juga telah menarik diri dari perlumbaan F1

Tuesday, July 28, 2009

Mampukah BN menumbangkan PR atau sebaliknya?

Melihat kepada isu semasa yang berlaku mutakhir ini di Selangor & Pulau Pinang, saya juga teringatkan Perak!Pada mulanya ada pertuduhan rasuah kemudian dakwaan di mahkamah kemudian ada orang lompat parti kemudian ada orang ishtihar keluar parti kemudian berlakulah apa yang dipanggil 'RAMPASAN KUASA'!!!Maka, apakah Selangor & Pulau Pinang akan menjadi mangsa seterusnya?Mengapa tidak tunggu pilihanraya ke 13?Tetapi saya yakin orang Melayu hanya diperbodohkan dengan isu politik yang tiada sudahnya.Lihat sahaja bangsa Cina di Malaysia ini, bila kematian seorang sahaja dari kaum mereka semua tidak kira parti mendesak itu ini kepada kerajaan.Tetapi orang Melayu yang 'kononnya' Islam menghentam sesama mereka.Aku betul Kau salah,Kau betul Aku salah.

Dimana akhirnya umat ISLAM?Saya bukan anti UMNO tetapi bukan juga anti PAS tapi tolonglah jangan jadi macam budak-budak.

BE FAIR & WAIT FOR THE ELECTION TO COME...TILL THEN LET THE RULLING PARTY TAKE CARE OF THE STATE'S!PEOPLE WILL JUDGE THEM

1MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN!!!

Monday, July 27, 2009

Wahai insan bernama Che Det

Mengapa seorang insan bernama 'Che Det' ni langsung tidak boleh menutup mulutnya?siapakah Che Det ni?masih menteri ke die?saya langsung tidak faham kenapa setiap isu Che Det nak ulas,sudah pencen buatlah cara orang pencen!main dengan cucu ke,lepak surau/masjid ke.letihlah kami generasi muda nak develope our future kalau ada orang macam Che Det ni.

1. Jangan bangkitkan lagi isu perkauman,kenapa takut kalau UMNO memang kuat?

2. Kita semua rakyat Malaysia kan?ada Malaysia melayu ke?DS Najib pun dah guna pendekatan 1Malaysia, kenapa Che Det ni susah nak faham bahasa?

3. Kalau ye pun UMNO & PAS nak berbaik, kenapa perlu sangka buruk Che Det?Kenapa cemburu dengan kebolehan DS Najib ke?


let him run the country as it is, Tun Mahathir....

RON95 vs RON97


DI Eropah, klasifikasi keseragaman kelas bahan bakar petrol dibahagikan kepada tiga kelas utama. RON91, RON95 dan RON98. Pembahagian itu dibuat berdasarkan jenis keperluan bahan bakar yang diperlukan pada setiap jenis enjin berlainan pengeluar. RON91 dicipta untuk enjin yang mampu menerima petrol berplumbum, RON95 untuk petrol tanpa plumbum yang juga disebut petrol premium dan RON98 atau disebut juga sebagai Super Plus atau Super Premium.

Bermula 1 September ini, klasifikasi penjualan minyak petrol di negara ini akan diselaraskan kepada dua jenis RON (Research Octane Number) iaitu RON95 dan RON97. Dalam jangka masa kurang dua bulan dari sekarang, RON95 akan menggantikan RON92 yang berharga RM1.75 seliter, manakala RON97 akan menjadi petrol premium pada harga RM2.

Apakah kesannya kepada pengguna?


Sebenarnya, banyak yang perlu diketahui tentang asas RON itu sendiri. Di seluruh dunia, pencemaran bahan api fosil telah meningkatkan kesedaran umum. Justeru itu, kualiti bahan bakar ditingkatkan. Jurutera bertungkus lumus memikirkan idea untuk mencipta enjin dengan sistem pembakaran moden yang mampu beroperasi menggunakan petrol spesifikasi RON yang dibangunkan. Kandungan sulfur juga diminimumkan.TIDAK pasti tentang kualiti petrol untuk kereta anda? Sila rujuk pemberitahuan yang ada pada tangki kereta, buku manual atau berhubung terus dengan pengeluar kereta.


Adakah semua petrol RON95 sesuai dengan kereta anda?


Bagaimana mengetahui kesesuaian tersebut? Langkah paling mudah adalah melihat pada penutup petrol. Jika ia tidak dinyatakan, rujuk buku panduan kenderaan. Biarpun begitu, tidak semua pengeluar kereta menulisnya dalam bentuk angka. Sebahagiannya ditulis dalam istilah leaded dan unleaded. Jangan khuatir, majoriti petrol yang dijual di negara kita (termasuk RON92) adalah petrol jenis tanpa plumbum (unleaded).


Adakah RON97 lebih baik daripada RON95?


Secara teorinya, ya tetapi secara paraktiknya, tidak. Petrol RON95 di stesen A mungkin lebih baik daripada petrol RON97 di stesen B.Perlu diingatkan bahawa setiap petrol yang dijual oleh Petronas, Shell, BHP, Esso, Caltex dan Mobil adalah tidak sama. Setiap syarikat mempunyai ramuan tersendiri untuk meningkatkan keupayaan kualiti petrol masing-masing.Techron, Primax dan Infiniti merupakan antara petrol yang dihasilkan menerusi kajian dan pembangunan yang serius. Anda mungkin biasa menonton iklan bagaimana petrol di stesen A berupaya membersihkan enapan karbon pada injap dan omboh. Adakah ia sekadar gimik?Adakah petrol RON95 berkualiti rendah? Ini adalah pandangan yang salah. RON berkaitan dengan campuran dua unsur asas iaitu oktana dan pentana yang melengkapkan sifatnya menjadi bahan bakar petrol. RON95 bermaksud 95 peratus kandungannya adalah oktana dan selebihnya pentana. Begitu juga dengan RON97 iaitu hanya tiga peratus pentana dan selebihnya oktana.
Gandingan itu akan memutlakkan tahap pembakaran enjin yang bakal digunakan. Sekiranya enjin anda cukup sekadar dengan pembakaran RON95, kenapa perlu membazir membeli petrol RON97?


Adakah jam Breitling memberi maklumat waktu yang lebih tepat berbanding jam Casio?


Sebaliknya, jika enjin anda dicipta untuk membakar dengan RON97, adalah tidak memadai menggunakan RON95 kerana omboh akan mengalami masalah ketukan (knocking). Ini kerana enjin silinder bergerak dengan membakar petrol menjadi gas. Asasnya, enjin yang dicipta untuk RON95 adalah kebuk pembakaran yang berupaya membakar sejumlah 95 peratus oktana.
SETIAP pengeluar petrol memiliki dan membangunkan bahan api menggunakan teknologi tersendiri.Perlu diingat bahawa sifat oktana adalah kemampuannya untuk menahan tekanan dalam kebuk pembakaran. Jadi, dengan enjin yang dicipta untuk pembakaran 95 peratus oktana, memadai kita menggunakan petrol RON95. Namun, jika enjin tersebut dicipta untuk tekanan 97 peratus oktana, maka penggunaan RON95 tidak sesuai. Oktana mempunyai keupayaan mengembangkan tekanan dengan baik, tetapi bukan pentana. Pentana hanya akan melambatkan proses timbal-balik dan di sinilah masalah ketukan berlaku.Petrol yang baik bergantung kepada pengeluar petrol itu sendiri. Seperti yang diterangkan pada awal nota ini tadi, setiap petrol tidak sama.

Dakwaan mengatakan semakin tinggi RON adalah lebih baik dan mampu menghasilkan enjin yang lebih berkuasa juga tidak benar. Petrol yang baik adalah petrol yang sesuai dengan RON yang diperlukan oleh enjin.Jangan percaya pada pandangan salah. Terlalu ramai 'pakar' automotif hari ini. Cuba taipkan RON dalam Yahoo Malaysia, nescaya pelbagai forum akan membincangkan tentangnya.

Baca dengan teliti kerana sebahagiannya memberi fakta yang songsang.

Kawasan ais hilang di laut Chukchi

Gambar yang baru ditarik balik daripada kategori rahsia menunjukkan kesan teruk akibat pemanasan cuaca global di Alaska, Amerika Syarikat (AS), lapor sebuah akhbar semalam.Imej satelit itu yang disiarkan pada minggu lalu oleh tentera AS menunjukkan sejumlah kawasan ais hilang di Laut Chukchi.Gambar itu sebelum ini disimpan dan tidak didedahkan kepada orang ramai ketika AS ditadbir oleh Presiden George W. Bush.

Bagaimanapun, gambar itu dikategorikan tidak lagi menjadi rahsia beberapa bulan selepas Barack Obama menggantikan Bush.Gambar itu merupakan amaran keras bahawa pemanasan global berjaya mengubah rupa bentuk di kawasan Artik. Lebih satu juta kilometer ais cair pada musim panas 2007. Gambar yang dirakamkan pada Julai 2006 menunjukkan sebuah kawasan ais yang besar dekat Pelabuhan Barrow di Alaska.

Bagaimanapun, setahun kemudian, kawasan yang diliputi ais itu hilang kerana cair disebabkan cuaca panas. "Ia merupakan gambar yang jelas menunjukkan situasi musim panas di Artik," kata seorang pegawai di Pusat Angkasa Lepas Goddard, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), Thorsten Markus. "Situasi itu menjadi punca kenapa kami berasa amat bimbang," jelasnya. Menurut beberapa saintis, kecairan ais itu mengundang bahaya.
Sejumlah besar haiwan bergantung pada ais itu seperti beruang kutub dan singa laut untuk hidup. Obama kini mendesak Kongres AS supaya mengambil tindakan bagi menangani isu pemanasan global.

Ais itu menjadi penting kerana tanpanya, kawasan laut di Artik akan menjadi panas.
Isu pemanasan global menjadi perhatian utama pertubuhan bukan kerajaan yang prihatin terhadap alam sekitar di Barat

F1...Massa hilang masa depan?

BUDAPEST - Pemandu Ferrari, Felipe Massa berjaya diberikan rawatan kelmarin ekoran kepalanya terkena serpihan yang melantun pada sesi kelayakan Formula Satu (F1) Grand Prix Hungary.Massa mengalami luka dahi, kecederaan kepala dan gegaran dalam kemalangan yang disebabkan pegas sebesar penumbuk seberat sekitar 800 gram tercabut daripada kereta rakan senegara dari pasukan Brawn, Rubens Barrichello beberapa saat sebelum kejadian itu.

Juara F1, Ferrari dalam satu kenyataan berkata, pemandu Brazil itu telah menjalani pembedahan kecemasan yang berjaya di hospital tentera AEK Budapest.Seorang pegawai Kementerian Pertahanan turut berkata, Massa berada dalam satu 'keadaan yang serius dan mampu mengancam nyawa' sebelum pembedahan itu."Apa pun, dia dalam keadaan stabil dan memuaskan," katanya.Kemalangan itu yang mengetepikan Massa daripada perlumbaan di Hungaroring semalam, mengembalikan kenangan kemalangan yang meragut nyawa rakan senegara dan juara tiga kali, Ayrton Senna di Imola pada 1994.

Ia turut menyusuli kematian pelumba Britain, Henry Surtees, 18, anak lelaki juara F1 Ferrari 1964, John, Ahad lalu akibat terkena sebuah roda yang terlepas dalam satu perlumbaan di Brands Hatch.Jentera merah Massa, meninggalkan kesan brek yang berjalur merentasi asfalt, mencecah terus ke selekoh empat dan hingga tembok tayar.Pelumba Brazil itu yang dilihat sudah tidak sedarkan diri, dikeluarkan dan dibawa oleh ambulans ke pusat perubatan litar dan kemudian oleh helikopter ke hospital.Laman web Gazzetta dello Sport Itali (www.gazzetta.it) menunjukkan sekeping gambar pemandu dengan pelindungnya terkoyak dan luka dalam berdarah pada mata kirinya yang tertutup.Barrichello yang terkejut, telah ke pusat perubatan untuk melihat rakan senegaranya itu.

"Saya mahu melihatnya sendiri kerana saya pernah berada dalam situasi seperti itu," katanya.
"Kami warga Brazil dan kadangkala kami mempunyai sebuah keluarga, kadangkala tidak, dan apabila kami bangun, semua yang kami mahu lihat ialah sesiapa yang yang kami kenali. "Saya mahu berada di sini kalau-kalau tiada siapa daripada keluarganya di sana."Namun selepas dia sedar, dia bergerak dan dia amat terkejut dengan hakikat bahawa kepalanya tercedera," katanya. - Reuters

Friday, July 24, 2009

Korban Pertama H1N1 di Malaysia

Seorang pelajar Indonesia berusia 30 tahun menjadi korban pertama berkaitan wabak selesema A (H1N1) di Malaysia walaupun punca kematiannya bukan disebabkan oleh virus itu sendiri.Pelajar itu yang menuntut di Pusat Antarabangsa Pendidikan Kewangan Islam (INCEIF) di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur mati akibat serangan jantung, kata menteri kesihatan hari ini.

Dalam kenyataan rasminya mengenai wabak tersebut, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata si mati telah pulang bercuti ke republik itu dan kembali ke negara ini pada 5 Julai lalu dan dilaporkan mengalami demam dan batuk sejak kembali bercuti tetapi simptom itu ringan.Pada 20 Julai, pelajar itu mula demam panas, batuk serta letih, dan keesokannya mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan swasta di Kampung Baru, Kuala Lumpur."Selepas menjalani pemeriksaan dan semasa menunggu mengambil ubat, kes tiba-tiba jatuh pengsan. Kes telah diberi bantuan kecemasan di pusat perubatan berkenaan, tetapi tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia pada 11.50 pagi," katanya.Liow berkata, pusat perubatan berkenaan merekodkan penyebab kematian sebagai "cardiac arrest due to ventricular fibrillation." Bedah disiasat yang dijalankan di Hospital Kuala Lumpur pada hari yang sama mendapati si mati mempunyai badan yang gemuk, terdapat tanda-tanda radang paru-paru dan kelainan pada tisu jantung serta cairan seperti nanah pada bahagian bawah salur pernafasan."Ujian virologi dan bakteriologi mendapati spesimen daripada tisu paru-paru dan salurannya (si mari) adalah positif untuk virus influenza A (H1N1)," kata Liow."Oleh sebab keputusan-keputusan ujian bedah siasat belum diketahui sepenuhnya, penyebab kematian untuk kes ini belum dapat dimuktamadkan.

"Faktor kegemukan, tempoh sakit yang berlanjutan perlu diambil kira dalam perkara ini."

Bayi mati digigit tikus

Seorang bayi di Louisiana digigit tikus hingga mati di atas katilnya manakala seorang lagi bayi di Ohio hilang dua jari kaki juga akibat serangan ganas tikus.Jabatan Polis Wilayah Pike berkata,tiga orang didakwa atas tuduhan membahayakan kanak-kanak selepas pihak berkuasa mendapati bayi Ohio yang berusia enam bulan telah berulangkali digigit tikus dalam tempoh masa yang lama.

Tetapi, belum ada tuduhan difailkan berhubung kes bayi di Louisiana yang mati setelah berulang kali digigit tikus, lapor New Orleans Times-Picayune.Bapa bayi perempuan itu ditemui menjerit di luar rumahnya sewaktu paramedik tiba dan ibu bapanya memberitahu polis bahawa mereka tidak mendengar tangisan bayi berusia tiga bulan itu sewaktu dia digigit tikus ketika tidur.Jiran memberitahu Picayune, kanak-kanak itu kelihatan dijaga sempurna dan bapanya baru sahaja memasang perangkap untuk menangkap tikus yang berleluasa di kawasan itu

Yahudi masuk Masjidil Aqsa

BAITULMAQDIS: Polis Israel membenarkan 45 rakyat Israel memasuki kawasan Masjid Al-Aqsa, tanah suci ketiga Islam, dalam apa yang disifatkan rakyat Palestin sebagai satu cubaan untuk menimbulkan kemarahan ummah. Kumpulan penduduk Yahudi terbabit melawat kawasan berkenaan sempena bulan kesembilan dalam kalendar Yahudi dipanggil 'Av', bagi memperingati kemusnahan kuil Yahudi pertama dan kedua, yang dikatakan di bawah Masjid Al-Aqsa. Masjidil Aqsa terletak bertentangan Masjid Kubah Batu iaitu lokasi Nabi Muhammad diangkat ke langit dalam peristiwa Perjalanan Malam (Israq Mikraj).
Masjid Kubah Batu yang disebut juga sebagai Masjid Omar adalah kawasan yang disifatkan sebagai maruah rakyat Palestin. Ia amat sensitif berikutan kumpulan pelampau Yahudi mahu memusnahkan masjid yang ada pada masa ini dan membina 'Kuil Ketiga'. Pengarah pejabat Waqf Islam di Baitulmaqdis, Sheikh Azzam Al-Khatib berkata, polis Israel turut mengiringi penduduk Yahudi terbabit dan melindungi mereka.

Beliau memberitahu, kumpulan penduduk Yahudi itu berada dalam kumpulan antara 12 hingga 15 orang. Tiada pergaduhan meletus setakat ini. Sabtu lalu, Azzam dipetik sebagai berkata: "Jangan harap orang Yahudi akan dapat bina kuil mereka di tanah suci al-Aqsa. Ia tidak akan berlaku. Mereka hanya bermimpi di siang hari jika menganggap orang Islam akan lepaskan masjidil Aqsa." Kata-katanya disambut jeritan dan tepukan gemuruh beribu-ribu kanak-kanak Arab yang berada di sekitar masjid itu bagi menyambut pesta tahunan Dana Kanak-kanak Al-Aqsa. Selasa lalu pula, kumpulan sayap kanan Israel berarak di Baitulmaqdis berhampiran kawasan al-Aqsa. Polis menutup jalan Al-Wad bagi melindungi mereka dan memudahkan demonstrasi terbabit. Pemilik kedai Palestin juga diarahkan menutup perniagaan mereka pada 6 petang. Ada rakyat Israel menyerang penduduk Palestin dan harta benda mereka berhampiran sekolah perempuan Silwan dekat Pintu Mughrebi yang menjadi laluan ke al-Aqsa. Enam warga Palestin cedera dalam kejadian itu. Perkembangan di Aqsa menyusuli tindakan kerajaan Israel membuang perkataan 'bencana' atau 'al-Nakba' dalam buku teksnya yang digunakan kanak-kanak Arab. 'Al-nakba' merujuk pembentukan negara Israel pada 1948 sekali gus menandakan permulaan penjajahan Yahudi tanah Palestin.



Yasmin Ahmad Rebah, Tenat Di ICU!

Pengarah filem Sepet, Gubra dan Mukhsin, Yasmin Ahmad, 51, kini sedang bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Pakar Damansara di sini, selepas rebah di Sri Pentas, TV3, di Bandar Utama, kira-kira jam 3.30 petang tadi.Perkara ini dimaklumkan usahawan ternama, Datuk Khalid Mohd Jiwa (Datuk K) kepada murai.com.my yang berkata, Yasmin telah jatuh pengsan selepas beliau membuat presentation untuk satu projek terbaru yang turut menampilkan isterinya, Dato' Siti Nurhaliza."Selepas membuat presentation itu, Yasmin duduk di kerusi, memicit kepalanya dan berkata dia berasa tidak sihat. Tiba-tiba dia tertunduk ke atas meja dan mula tidak sedarkan diri. Kami terus memberikan rawatan CPR kepadanya dan kemudian memanggil ambulans.

Ketika ini Yasmin masih berada di ICU dan doktor sedang berusaha menyelamatkannya," kata Datuk K ketika dihubungi jam 5 petang tadi. Selain beliau, Siti dan kakitangan pengurusan TV3 juga berada dalam bilik mesyuarat itu ketika kejadian berlaku.Sementara itu, Pengarah Urusan Leo Burnett, Tan Kien Eng, berkata buat masa ini pihak doktor masih bertungkus lumus menyelamatkan nyawa Yasmin. "Saya kesal kerana spekulasi berkata Yasmin telah meninggal dunia. Saya harap semua yang mengenalinya berdoa agar dia selamat. Kami akan mengeluarkan kenyataan rasmi tentang keadaan Yasmin nanti. Doktor sudah pun membuat scan ke atas otaknya bagi mengetahui punca penyakit itu dan kini dia sedang menjalani pembedahan," katanya.Bagi Siti pula, dia akui benar-benar tergamam dengan apa yang berlaku ketika sesi presentation itu."Semuanya berlaku dengan pantas. Selepas Yasmin pengsan, kita cuba memberikan bantuan pernafasan. Siti juga turut memintanya supaya mengucap. Siti berdoa agar Yasmin akan selamat," kata Siti.Antara rakan artis yang terus berkejar ke hospital itu ialah Adibah Noor, Anne Abdullah, James Lee, Fatimah Abu Bakar, Jaclyn Victor dan ramai lagi. Nantikan laporan seterusnya bersama murai.com.my dan kita doakan agar Yasmin akan selamat.Perkembangan Terbaru Yasmin Dalam sidang media yang dilakukan di bilik mesyuarat Songket Room, adik ipar Yasmin, Datuk Dr Zakaria Zahari memberitahu bahawa Yasmin kini sudah berada di dalam keadaan yang stabil selepas menjalani pembedahan selama sejam lebih. "Secara dasarnya Yasmin telah diserang stroke (angin ahmar) yang menyebabkan pendarahan pada otaknya dan pembedahan segera terpaksa dilakukan bagi memulihkan keadaan. "Kini jantung Yasmin terpaksa bergantung kepada ubat yang menyokong tekanan darahnya. Dia kini berada di ICU. Dalam masa 2 jam ini, keadaannya memang cukup genting," katanya yang turut ditemani Datuk Dr Jemilah Mahmood yang juga Presiden Mercy iaitu Malaysian Medical Relief Society.

Wednesday, July 22, 2009

Tanda-tanda Qiamat...

The Signs are listed in roughly chronological order, although the order is not necessarily precise, especially for those in the future.
This is a brief summary of the signs; there are many books, articles, cassettes etc. which discuss these in greater detail. May Allah enable us to recognise and heed the Signs, and strengthen us in the times of tribulation.
"Are they waiting for anything except the Hour, to come to them suddenly? But its Signs have already come!" (Al-Qur’an, Surah Muhammad)
Past
1. Splitting of the Moon.
2. Death of the Prophet Muhammad, may Allah bless him and grant him peace.
3. A form of death which will kill thousands of Muslims. (Understood to refer to the plague of Amwas during thecaliphate of ‘Umar ibn al-Khattab.)
4. A major fighting in Madinah (understood to refer to the battle of al-Harrah during the caliphate of Yazid, 63 AH).
5. The Muslim conquest of Jerusalem.
6. The Muslim conquest of Constantinople.
7. Two large groups of Muslims will fight in war.
8. A war between the Muslims and a reddish people with small eyes, wearing sandals made of hair (understood to refer tothe Mongol Tatar invasion of the Islamic lands.)
9. A peace agreement between the Muslims and non-Muslims from the yellow race (Chinese, Mongols, etc.)
10. Thirty impostors (dajjal) will appear, each thinking he is a prophet.
Present?
11. Naked, destitute, barefoot shepherds will compete in building tall buildings.
12. The slave-woman will give birth to her master or mistress.
13. A trial (fitnah) which will enter every Arab household.
14. Knowledge will be taken away (by the death of people of knowledge), and ignorance will prevail.
15. Wine (intoxicants, alcohol) will be drunk in great quantities.
16. Illegal sexual intercourse will become widespread.
17. Earthquakes will increase.
18. Time will pass more quickly.
19. Tribulations (fitan) will prevail.
20. Bloodshed will increase.
21. A man will pass by the grave of another and wish he was in the latter’s place.
22. Trustworthiness will be lost, i.e. when authority is given to those who do not deserve it.
23. People will gather for prayer, but will be unable to find an imam to lead them.

40 Saksi?

Perlukah kita mengambil keterangan dari 40 org saksi untuk sesuatu kes pembunuhan?adakah ini akan jadi seperti kes mahkamah DSAI?semua tidak relevan sehingga perlu menyeret tilam ke mahkamah?pelik,tp itulah hakikat malaysia negaraku..susah betul nak cari saksi unt uk sesuatu bicara!!!berikut text temubual bersama Menteri Paling Berkuasa di Malaysia (tp dlm negara je la)...

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, the Home Minister said that some 40 more people and another 2 assemblymen, Ean Yong Hian Wah and M Manogaran are added to the investigation following the death of Teoh Beng Hock’s death. He said “The police must be very transparent and professional in their investigations, as they have to answer a lot of questions being asked by various parties and the public. I have requested this investigation to be conducted swiftly but carefully and thoroughly. If these issues are not answered properly to the satisfaction of the public, then we have to face the consequences of a royal commission or an independent commission (would be held). We only want justice and the truth for the family of Teoh. I will report to the cabinet tomorrow on what has been investigated so far and let them decide. But personally, I am very satisfied with the status of their investigations and give my assurance of a fair and thorough investigation would be conducted by the police,”

ISA masih relevan?

1. ISA tidak lagi relevan ! begitulah ungkapan Tun Abdullah Ahmad Badawi . Buat pertama kalinya saya bersetuju dengan Tun Abdullah dengan pengakuan ini .
2. ISA yang diwujudkan sejak 1 ogos 1960 [ 1 ogos 2009 kelak genap 49 tahun beroperasi ] adalah bertujuan untuk mencegah golongan subversif dan komunis yang mengancam keselamatan negara .
3. Menurut bekas Presiden Majlis Peguam Haji Sulaiman Abdullah , Majlis Peguam membantah akta ini [ ISA ] kerana berpagang kepada sebab – sebab yang dikemukakan oleh Perdana Menteri Kedua [ Tun Abdul Razak ] ketika beliau membentang ISA di Parlimen satu ketika dulu atas ancaman subversif dan pengganas komunis . [ Mingguan Malaysia , 25 Jun 2000 ]
4. Rasionalnya , apabila pergerakan dan ancaman subversif atau komunis telah tidak lagi wujud dalam negara kita , maka akta ini mestilah dimansuhkan terus oleh parlimen .
5. Sungguh ! bahawa keselamatan negara mestilah dikawal dan dipelihara . Persoalannya ialah negara kita telah merdeka sejak sekian lama . Bukankah Negara memiliki PDRM , SPRM , institusi kehakiman , Jabatan pendakwaraya , peguam negara dan institusi mahkamah yang sangat terhormat dalam negara kita . Apakah segala institusi yang ada ini belum memadai untuk menjaga keselamatan negara dan menegakkan keadilan ? sehingga memaksa akta seperti ISA dikekalkan ? tidak masuk aqal !
6. Apa yang dituntut ialah supaya ISA yang memberi kuasa kepada menteri [ orang politik ] untuk menahan sesiapa sahaja yang disyaki mengancam keselamatan negara di mansuhkan kerana ia membuka ruang untuk menteri selaku orang politik bertindak zalim ke atas musuh politiknya .
7. Apa yang dituntut ialah supaya ISA yang menahan dan memenjara mangsa tanpa mendatangkan bukti serta di adili di mahkamah di mansuhkan kerana ia zalim dan menafikan hak individu membela diri atau mendapat hak pembelaan di mahkamah .
8. Apa yang dituntut ialah supaya ISA yang banyak digunakan untuk menangkap musuh politik tidak terus dijadikan mesin hayat pemerintah yang zalim berselindung pula disebalik undang – undang yang zalim dan primitif .
9. ISA tidak demokratik . Bahkan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan Perkara 5 Fasal 4 bahawa undang – undang perlembagaan tidak membenarkan seseorang warganegara ditahan tanpa arahan majistret melebihi tempoh 24 jam [ tidak termasuk perjalanan yang perlu ] dan orang itu tidak boleh ditahan selanjutnya dengan tiada kuasa majistret itu .
10 . Kerana saya tidak setuju ! ISA mesti dimansuhkan ! Anda setuju ?

Tuesday, July 21, 2009

Kaki Dalam Kasut

Di forum anjuran Gempita dan UMNO bertajuk Kedudukan Raja-Raja Melayu dan Orang Melayu dalam Perlembagaan Malaysia di Zaman Liberalisasi dan Globalisasi, saya ditanya oleh seorang pensyarah Melayu dari UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) apakah saya pernah fikir untuk meletak diri saya di tempat orang bukan Melayu (put yourself in the shoes of a non-Malay) bersabit dengan diskriminasi terhadap mereka di negara ini.

Saya percaya penyoal berpendapat orang bukan Melayu berasa amat tertekan dan kecewa dengan "ketidakadilan" terhadap mereka di Malaysia (oleh Kerajaan yang dikuasai oleh orang Melayu).

Saya tidak tahu samada penyoal ini pernah bertanya kepada tokoh bukan Melayu soalan yang sama iaitu perasaan orang Melayu akan keadaan di negara nenek moyang mereka yang mereka sudah jadi kaum yang secara relatif termiskin dan masih ketinggalan.

Monday, July 20, 2009

Chua Jui Meng umum sertai PKR


Bekas menteri kesihatan, Datuk Chua Jui Meng hari ini mengumumkan keluar dari MCA dan menyertai PKR di di majlis forum anjuran PKR di Sunway. Sebelum ini, Chua yang juga bekas menteri naib presiden MCA muncul di majlis tersebut bersama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Chua sebelum ini mengumumkan melepaskan jawatan ketua MCA bahagian Bakri Khamis lalu.Kira-kira 800 hadirin di majlis itu bertepuk tangan ketika Chua dan Anwar melangkah masuk ke dewan pada jam 3.30 petang.Terdapat kain pemidang yang mengucap tahniah kepada Chua kerana menyertai PKR", yang dipegang hadirin ketika Chua berjalan masuk.

Dalam ucapannya, Chua berkata beliau telah melepaskan jawatan ketua MCA bahagian Bakri untuk menempuh perjalanan baru untuk perubahan.
Katanya, sebab beliau menyertai PKR ialah kerana sistem dua parti ini berdepan dengan ancaman dari Umno. Menurut Chua, beliau yakin telah membuat keputusan yang betul, untuk menyertai PKR, terutama dalam detik penting dalam sejarah negara.
Menurutnya, kematian Teoh Beng Hock - setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, menjadi pendorong penting baginya untuk melompat menyertai pembangkang.Mayat Teoh ditemui Khamis lalu di atas bumbung bangunan bersebelahan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Shah Alam, selepas disoal siasat semalam oleh SPRM, berhubung dakwaan salahguna wang peruntukan untuk DUN di Selangor.Chua hadir bersama bekas senator MCA, David Yeoh dan bekas ahli Parlimen Lumut. Kedua-duanya turut mengumumkan menyertai PKR.
Dua hari lalu, Malaysiakini melaporkan bahawa Chua akan melompat menyertai PKR.
Dalam sidang akhbar selepas itu, Chua ditanya mengenai laporan yang menyebut beliau menafikan akan menyertai PKR. Dalam jawapannya, Chua menafikan berkata demikian tetapi sebaliknya berkata beliau telah disalahlapor.
Ada persamaanMenurut bekas menteri kesihatan itu, beliau menyertai PKR kerana mempunyai persamaan idealisme dan visi dengan manifesto PKR untuk membawa perubahan di Malaysia.“Saya sudah keluarkan manifesto saya beserta dengan idealisme dan visi untuk MCA.“Saya membuat perbandingan manifesto beliau (Anwar) dalam agenda Malaysia dan manifesto PKR. Saya nampak isu-isu ada perkiraan yang sama. Itu mustahak bagi saya. Kalau ada idea-ide yang bercanggah saya tidak akan masuk PKR,” katanyaBeliau juga menafikan beliau kecewa dengan MCA dan menyifatkan perkara tersebut "tidak berbangkit sama sekali".“Pada pemilihan tahun 2008 saya tewas, (kemudian) saya jemput Datuk Seri Ong Tee Keat ke bahagian saya dan minta beliau menjelaskan kepada masyarakat Tiong Hua, walaupun kami bertanding satu jawatan yang sama, atas nama prisip, maka kita boleh kekal berkawan,” katanya.Kata Chua, presiden MCA itu, pernah hadir ke bahagiannya sebanyak dua kali selepas beliau kalah dalam permilihan parti tahun lepas.Menurutnya lagi, beliau mula membuat pertimbangan untuk menyertai PKR sebelum dan selepas pemilihan MCA pada tahun lalu.“Kemasukannya saya ke dalam PKR adalah tanpa syarat.“Saya ada idea dan wawasan yang sama dengan PKR. Kalau ada tempat ada platform, tempat itu bermula dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim,” tambahnya.Katanya, keputusan untuk menyertai PKR juga dibuat selepas beberapa kali perbincangan dengan Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh.

Friday, July 17, 2009

touch n go VS teksi VS bas...

Pagi td dalam perjalanan ke pejabat, saya terfikir sejenak tentang berita kanaikan kadar tambang teksi,pengurangan kadar tambang bas kepada dolongan OKU @ warga emas & diskaun tol kepada pengguna touch N go.

1. Siapa yang bakal mendapat keuntungan dr semua penurunan & kenaikan ini?yg bayar 'cash'?xdapat ape-ape ke?

2. Tambang teksi naik apa asionalnya dlm keadaan ekonomi kurang baik mcmni?adakah disebabkan diskaun tol kerajaan kene 'cover' pendapatan dari kenaikan ini?or someone is making money!!!

3. Pengurangan kadar tambang bas ini sememangnya diharapkan menggalakkan org ramai menggunakan kenderaan awam.tetapi diharap kerajaan akan terus menambahbaik sistem pengangkutan awam di Malaysia ini kerana kita sudah tertinggal jauh dengan 'jiran' kita sendiri apatah lagi dengan HongKong ataupun Taiwan.

Saya sebenarnya meletakan harapan tinggi kepada Dato' Seri Najib utk melakukan sesuatu yang magic dalam pentadbirannya.All the best to Malaysian...

Thursday, July 16, 2009

SU politik exco mati jatuh bangunan SPRM



Setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, terbunuh selepas dipercayai jatuh bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Shah Alam. Mayat Teo Beng Hock, 30, ditemui di atas bumbung bangunan bersebelahan pejabat suruhanjaya tersebut.Semalam Teo telah dibawa ke pejabat tersebut untuk disoal siasat berhubung dakwaan salah guna wang peruntukan DUN membabitkan beberapa ADUN Pakatan Rakyat negeri itu.

Berikutan berita mengejut dan luar biasa tersebut, para pemimpin Pakatan, termasuk Ean, bergegas ke bangunan tersebut. Pemimpin DAP lain yang berada di pejabat SPRM termasuk exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu; Speaker DUN Teng Chang Khim dan ahli parlimen Petaling Jaya Selatan, Tony Pua.Liu and Teng mengesahkan bahawa mayat itu mendiang Teo. Sewaktu ditemui, mendiang berbaju putih bersama kot dan seluar hitam. Dalam sidang media di pejabat SPRM negeri itu, Pengarah Siasatan SPRM Datuk Shukri Abdull berkata mayat ditemui mati jam 1.30 tengah hari ini.
Ditanya bagaimana mendiang ditemui, beliau berkata seorang pegawai suruhanjaya ke tempat kejadian selepas mendengar jeritan seseorang tentang mayat itu.Menurutnya lagi, siasatan terhadap Teo - sebagai saksi kes - selesai kira-kira 3.45 pagi tadi tetapi dilihat masih berada di bangunan tersebut sekitar jam 4 pagi. SPRM tidak jelas sama ada beliau mati akibat terjatuh atau terjun dari bangunan tersebut.
Sementara itu, SPRM mengesahkan sedang menyiasat empat ADUN Selangor berhubung dakwaan salah guna peruntukan wakil rakyat.Shukri mengesahkan suruhanjaya itu semalam menyerbu empat pejabat ADUN berkenaan dan meneliti beberapa dokumen bagi membantu siasatan, lapor laman web Utusan Malaysia.

"(Siasatan) itu prosedur biasa. Kalau kita terima apa-apa aduan, memang kita akan ke pejabat atau rumah mereka," katanya kepada pemberita di Akademi SPRM hari ini.

Akhil, Maizawati Sah Cerai Talak Satu


IPOH, 15 JULAI 2009: Penyanyi dan pendakwah kontroversi, Akhil Hayy, 40, akhirnya sah bercerai talak satu dengan isterinya, Maizawati Zainal, 33, di depan Hakim Syarie, Mohd Ridzuan Mohd Yusof, di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh di sini, hari ini. Sebelum ini, kedua-dua pihak telah bersetuju untuk berunding serta menyelesaikan kes itu dengan baik atau sulh selepas mendapatkan kebenaran menangguhkan sebutan kes yang terdahulu pada 2 Jun 2009 lalu. Semalam, hakim juga merekodkan terma perjanjian yang dituntut Maizawati berhubung harta sepencarian dan hak penjagaan 4 anak mereka iaitu Siti Nur Masisarah, 12; Mohd Syarif Idayatullah, 11; Mohd Syakir Idayatullah, 8, dan Mohd Syatiri Idayatullah, 2.

Di samping itu, mahkamah juga memerintahkan Akhil agar membayar edah sebanyak RM15,000 kepada Maizawati dalam tempoh 3 kali suci, bermula semalam.Sementara itu, Akhil dilaporkan berkata, mengikut keputusan perceraian itu, tiada pihak yang terzalim. Dia juga menafikan bahawa wujudnya pihak ketiga dalam pergolakan rumah tangganya itu hingga membawa kepada perceraian mereka.


Sebelum ini, Maizawati, telah memfailkan cerai di mahkamah itu kira-kira 2 bulan lepas selepas mendakwa Akhil tidak pulang ke rumah mereka selama beberapa bulan selain anak-anak mereka terpaksa ditukar sekolah kerana mengalami tekanan perasaan selepas Akhil digosipkan dengan pelakon dan penyanyi Waheeda, 31.Maizawati juga akui sebelum ini pernah memberikan kebenaran kepada Akhil untuk bernikah dengan Waheeda tetapi selepas itu dia sendiri tertanya-tanya apakah status sebenar hubungan Akhil dengan penyanyi terbabit yakni sama ada mereka telah berkahwin atau tidak.Akhil bagaimanapun tidak berpuas hati dengan tindakan Maizawati apabila telah mendedahkan hal rumah tangga mereka kepada pihak media cetak serta elektronik dan pernah menyindir perbuatan bekas isterinya itu di luar mahkamah. Dalam perkembangan lain, Maizawati telah pun dilantik menjadi duta bagi Yayasan Pembangunan Nur Hikmah (YPNH), iaitu badan yang menjaga kebajikan ibu-ibu tunggal dan menyalurkan kemahiran dalam pelbagai aspek termasuk pengasuhan anak-anak di rumah serta memberi ceramah motivasi. Ditanya samada dia menyesal kerana telah memperbesarkan pergolakan rumah tangganya kepada media, Maizawati berkata dia tidak tersilap langkah kerana hanya menerangkan perkara sebenar dan menjelaskan tujuan kenapa dia menuntut cerai apabila ditanya oleh pihak media.Maizawati bagaimanapun berharap, kisah perceraian beliau itu janganlah lagi digembar-gemburkan kerana semuanya telah selesai dan ingin meneruskan kehidupan dengan tenang.

Wednesday, July 15, 2009

SPRM serbu pejabat dua tokoh DAP

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu pejabat dua pemimpin DAP, termasuk seorang exco kerajaan Selangor, bagi siasatan berhubung salah guna wang peruntukan DUN.Lima pegawai SPRM berada di bilik Ean Yong Hian Wah, exco pembangunan kampung baru dan kilang haram, selama 15 minit di bangunan sekretariat kerajaan Selangor dalam serbuan jam 3.30 petang ini.

Sebelumnya sepasukan tiga pegawai SPRM menyerbu bilik gerakannya di Seri Kembangan mulai jam 12.30 tengah hari tadi.Seorang lagi ADUN parti itu Lau Weng Sang turut menjadi sasaran serbuan SPRM. Tiada maklumat lengkap diperolehi setakat ini. Sebelum ini, SPRM pernah mengambil keterangan Ean dan Lau - masing-masing pengerusi dan setiausaha DAP Selangor - berhubung isu tersebut.

Seorang lagi exco kerajaan Selangor, Elizabeth Wong yang juga ADUN PKR bagi Bukit Lanjan, pernah memberi keterangan kepada SPRM.

20 ADUN BN keluar dewan

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo, mengetuai 20 ADUN BN bertindak keluar Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini kerana membantah usul untuk meluluskan syor hukuman oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan (JKHK) ke atasnya dan empat lagi wakil rakyat BN.

Empat ADUN berkenaan ialah Datuk Marsum Paing (Dengkil), Datuk Warno Dogol (Sabak), Mohd Isa Abu Kasim (Batang Kali) dan Datuk Mohamed Idris Abu Bakr (Hulu Bernam).


JKHK mencadangkan Khir digantung daripada menghadiri sidang dewan dan elaunnya dipotong selama setahun kerana gagal menghadiri pendengaran awam Jawatan Kuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT)) mengenai Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Selangor (BALKIS).

Jawatankuasa itu juga mencadangkan supaya empat ADUN itu turut digantung dan elaun dipotong selama enam bulan kerana didapati bersalah menghina SELCAT di media.

Khir dalam ucapan perbahasannya mengenai usul itu - sebelum keluar dewan - menuduh Speaker Teng Chang Khim tidak adil terhadapnya dan empat lagi rakannya sewaktu pendengaran SELCAT.

Teng, katanya, telah bertindak sebagai "hakim, juri dan algojo" dalam perkara tersebut.

Khir mendakwa demokrasi telah mati di Selangor dan menegaskan sebarang penggantungan yang dibuat oleh jawatankuasa tersebut adalah tidak sah, tercemar dan berniat jahat terhadap mereka.

Oleh itu, katanya, mereka tidak mahu terbabit dalam keputusan yang didakwanya berat sebelah dan berniat jahat.

Ketika itu, beberapa ADUN Pakatan Rakyat bangun untuk menjawab dakwaan Khir itu tetapi beliau bertindak keluar dewan bersama ADUN BN yang lain.

Kes liwat Anwar bermula 2 petang

Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mula didengar jam 2 petang ini, selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini menolak ia ditangguhkan untuk mendapatkan peguam utama yang baru.

Peguam kanan, Sulaiman Abdullah, yang masih tidak sihat, telah meminta Anwar melantik peguam utama baru kerana beliau tidak mahu menjadi punca kelewatan perbicaraan kes tersebut. Ia telah ditangguhkan sebelum ini.

Anwar diwakili oleh sepasukan sembilan orang peguam, termasuk Sulaiman.

Bercakap kepada pemberita di luar mahkamah, Anwar berkata peguamnya telah menemui hakim dalam kamar pagi ini untuk meminta diberi lebih masa, tetapi diberitahu bahawa ini adalah "satu perkara teknikal yang boleh diselesaikan".

Hakim kemudiannya menetapkan perbicaraan kes Anwar itu bermula jam 2 petang ini.

PAS vs UMNO

Saya tertarik dengan pilihanraya kecil Manik Urai yang baru sahaja selesai semalam.Ada beberapa persoalan yang saya ingin utarakan kepada kedua-dua parti 'agung' umat melayu ini :

1. Apa kamu dapat dengan menghina @ membuka pekung kaum sendiri?

2. Siapa yang kenyang setiap kali pilihanraya kecil?

3. Berapa kali lagi kita mesti menghabiskan masa untuk pilihanraya, bergaduh sesama bangsa, naik turun mahkamah?bila nak tamatkan semua ini?

Harapan kepada pemimpin, tolonglah fikirkan masa depan agama & bangsa sendiri.Kamu semua akan dipertanggungjawabkan di mahkamah agung kelak.Kami generasi muda hanya mengikut/menegur anda tetapi terpulanglah kepada anda.Malulah pada bangsa lain...

Husam: PAS hampir tewas kerana politik wang

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Husam Musa mendakwa, kemenangan tipis calon PAS dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai adalah berpunca daripada politik wang.


Katanya, PAS telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berhubung perkara tersebut dan berharap tindakan selanjut diambil.

Dalam pilihanraya kecil hari ini, calon PAS Mohd Fauzi Abdullah, menang dengan majoriti tipis 65 undi.

Beliau mendapat 5,348 undi manakala calon BN Tuan Aziz Tuan Mat mendapat 5,283 undi.

Menurut Husam lagi, PAS juga kalah di pusat pengundian Manek Urai Baru dan Manek Urai Lama.

Oleh itu, katanya, BN harus membina jambatan baru yang dijanjikannya kerana ia menang di situ.

Husam juga menafikan kemenangan tipis PAS itu mencerminkan pengaruh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat semakin merosot.

Sebaliknya, kata beliau, pengaruh menteri besar Kelantan itu semakin meningkat

"Kita kalah kerana politik wang," katanya.

Manakala Mohd Fauzi yang lebih dikenali sebagai Abe Uji berkata, beliau menghormati keputusan pilihanraya kecil hari ini.

Beliau berharap dapat berkhidmat kepada para pengundi sebaik mungkin walaupun menang tipis.

Friday, July 10, 2009

Mahathir: 100 hari Najib 'lebih banyak negatif'

Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pentadbiran Datuk Seri Najib Razak "lebih banyak yang negatif daripada yang positif".Tambahnya, ia berdasarkan penilaian peribadinya terhadap pentadbiran Najib yang genap 100 hari esok.

Bercakap kepada pemberita di PWTC hari ini, Dr Mahathir berkata, yang negatifnya termasuklah cadangan pembinaan jambatan ketiga antara Johor dan Singapura.Bercakap selepas program "Wacana Kedudukan Institusi Beraja dan Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan dari Perspektif 1Malaysia", Dr Mahathir ditanya sama ada pentadbiran Najib telah membuat kajian mengenai cadangan pembinaan jambatan tersebut.Menurutnya, pembinaan jambatan berkenaan tidak boleh menyelesaikan masalah kesesakan di Johor Bahru.Satu perkara lagi yang dianggap negatif, menurut Dr Mahathir lagi, ialah pelantikan orang yang korup dalam pentadbiran Najib.

Ditanya mengenai perkara positif mengenai pentadbiran Najib, beliau berkata: "Yang positif ialah Najib berjumpa ramai orang dan dia tidak tidur malam."

Jawapannya disambut dengan gelak ketawa para hadirin.

DAP Kedah batal keputusan keluar Pakatan

DAP Kedah hari ini menarik balik keputusan untuk keluar daripada Pakatan Rakyat selepas mendapat jaminan kerajaan negeri untuk menyelesaikan semua pertikaian yang dibangkitkan sebelum ini.Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su berkata, keputusan tersebut diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa DAP negeri itu yang berakhir tengah hari tadi.

"Kita menarik balik keputusan untuk keluar daripada Pakatan Rakyat yang kita buat sebelum ini," katanya ketika dihubungi mStar Online.
Pada 1 Julai lalu DAP Kedah mengumumkan untuk keluar daripada pakatan pembangkang kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran PAS di negeri itu antara lain termasuk tindakan merobohkan satu-satunya pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya.
Bagaimanapun Thomas berkata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak telah memberi jaminan untuk menyelesaikan isu berkenaan secepat mungkin.

"Ada beberapa perkara yang kita bangkitkan sebelum ini telah diselesaikan dan ada yang akan diselesaikan kemudian.

'Demo lagi, segerakan mansuh PPSMI'

Bagi memansuhkan serta-merta dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), seorang Sasterawan Negara mencadangkan satu lagi demonstrasi diadakan.

Bercakap kepada Malaysiakini malam ini, Datuk A Samad Said menyatakan "tidak begitu senangnya" dengan keputusan kerajaan semalam yang hanya memansuhkan dasar kontroversi pada 2012.

"Apa yang berlaku sekarang ini bukan memansuhkan (terus) PPSMI tetapi pemansuhan berlaku pada 2012, ini hanya pengumuman penangguhan PPSMI," katanya.

Beliau diminta menjelaskan lebih lanjut kenyataan awalnya di akhbar web PAS yang menyebut "demonstrasi jalanraya perlu diadakan sekali lagi tanda komitmen seluruh rakyat membantah PPSMI dan mendesak kerajaan segera memansuhkannya."

"Setiap perkara yang tidak dapat diselesaikan di dalam Dewan Rakyat perlu diadakan demonstrasi dan demonstrasi itu halal," Harakahdaily hari ini memetik A Samad sebagai berkata dalam satu wawancara.

Satu demonstrasi besar diadakan 7 Mac lalu, diketuai antaranya oleh A Samad sendiri, bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong memohon baginda campur tangan membatalkan dasar tersebut yang sentiasa dibantah sejak ia diperkenalkan.

A Samad (foto kiri), yang juga penasihat Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP), dilaporkan berkata "tidak ada sebab bagi kerajaan menangguhkan pemansuhan dasar tersebut hingga ke tahun 2012 sedangkan ketika mahu melaksanakannya ia boleh dilakukan dalam tempoh enam bulan."

Pengumuman Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kata tokoh sastera itu lagi, bersifat "mengumpan rakyat untuk menghadapi pilihanraya kecil DUN Manek Urai dan juga pilihanraya umum ke-13."

"Apa yang diumumkan oleh Muhyiddin itu hanya menangguhkan pemansuhan PPSMI bukan memansuhkannya terus.

"Jika benar mansuhkan, sepatutnya tahun depan semua pelajar Tahun Satu, Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat sudah mula belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu," A Samad dipetik berkata.

"Alasan mengatakan untuk mansuhkan perlu ambil masa tidak logik kerana ketika perdana menteri keempat dahulu (Tun Dr Mahathir Mohamad) mahu laksanakan hanya boleh ambil masa enam bulan, kenapa perdana menteri keenam (Datuk Seri Najib Razak) perlu ambil masa tiga tahun untuk mansuhkan?"

GMP pula menganggap pengumuman kerajaan semalam bermakna "mulai 2010 semua pelajar baru Tahun Satu sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan, sekolah menengah Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 akan memulakan sesi baru tahun (depan) dengan menggunakan bahasa kebangsaan atau bahasa ibunda sepenuhnya."

"Untuk tujuan itu kementerian seharusnya telah bersedia untuk menyediakan buku teks dan bahan-bahan yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa kebangsaan atau dalam bahasa ibunda," kata Pengerusi GMP Datuk Dr Hassan Ahmad.

"GMP penuh berharap agar perubahan ini berlaku bukan sahaja di peringkat sekolah rendah atau sekolah menengah sahaja malah meliputi semua peringkat pendidikan termasuk peringkat universiti."

Untuk menangani kelemahan penguasaan Sains dan Matematik sewaktu PPSMI dilaksanakan, menurut satu kenyataannya hari ini, GMP menggesa Kementerian Pelajaran "mengadakan kelas pemulihan untuk membaiki pencapaian mereka" setaraf dengan mutu dua mata pelajaran tersebut sebelum 2003.

Dr Hassan juga mengumumkan satu majlis Sambutan Pemansuhan PPSMI yang akan diadakan di Stadium Baru Bandar Bangi pada 9 malam 19 Julai ini.

Sementara itu Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar pula dilaporkan berkata pengumuman ini bertujuan menjaga "kepentingan kroni" yang membekalkan peralatan pengajaran dan pembelajaran PPSMI.

"Patutnya ia dimansuhkan hingga tamatnya persekolahan akhir tahun ini. Maknanya tahun hadapan, dasar itu tidak perlu lagi dilaksanakan.

"Kenapa mereka tidak mansuh segera, jawapannya ialah kerana masih ada projek termasuk membekal buku, laptop dan peralatan sebagainya yang diberi kepada kroni dalam dasar PPSMI ini," katanya seperti dilaporkan Harakahdaily.

Menyifatkan pengumuman itu "tidak boleh dipercayai", Mahfuz juga bimbang keputusan terbaru kerajaan itu tidak akan dilaksanakan "memandangkan dasar kerajaan sering bertukar".

Beliau dilaporkan berkata, jika BN berjaya kekalkan kemenangan kerajaan pusat pada pilihanraya umum akan datang, pemansuhan pastinya boleh berubah dengan pelbagai alasan.

"Ini sering berlaku kerana pemimpin yang ada hari ini jugalah yang mengampu dasar PPSMI ini semasa ia diumumkan Tun Dr Mahathir enam tahun lalu," Mahfuz dipetik berkata.