Wednesday, September 16, 2009

Lotus targeting best newcomer honours in 2010

Lotus aim to be the best of the four new teams entering Formula One racing next season. That is according to technical director Mike Gascoyne, following Tuesday’s confirmation of Lotus’s entry in the 2010 championship.The new team, which will see the Lotus name return to the grid for the first time since 1994, is a partnership between the Malaysian Government and a consortium of Malaysian entrepreneurs.“We’re realistic that it’s a tremendous job we’ve got in front of us to be fully prepared on the grid in Melbourne, but we’ll do it,” Gascoyne told British F1 broadcasters the BBC.

“With the work we’ve done we’ll target being the best of the new cars on the grid and that’s a very clear - and realistic - initial target. I’d hope that by mid season we’re challenging the bottom rung of the current teams and I think that’s achievable.”Lotus will initially be based near the UK headquarters of Lotus Cars (owned by Malaysian auto giant Proton), before moving to a new purpose-built base at Kuala Lumpur’s Sepang International Circuit.“We are a very substantial team,” added Gascoyne, who has over 20 years’ experience in the sport. “We’ve got our own factory, the RTN factory in Norfolk, which is fully equipped for Formula One, plus the facilities we’ll be looking at in Malaysia. We’re not just a small new team, we have the possibility to be a very substantial new team and the FIA recognise that.”

Headed by Tony Fernandes, CEO of Air Asia, Lotus already have a wind tunnel programme underway with Fondtech in Italy and will be starting wind-tunnel testing within the next few weeks.“We’re very confident with the group, with Tony Fernandes leading the team, that we’ll be able to put in place a package that will allow us to be very competitive,” concluded Gascoyne.

Tuesday, September 15, 2009

Mengapa Yahudi Bijak?

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini.

Mengapa Yahudi Bijak?

Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat.

Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semoga ia menjadi genius apabila dewasa kelak? Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenuh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah? tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ? perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Hasil Kajian Yang Dibuat oleh Dr Stephen Carr Leon- Mengapa Yahudi Bijak, di alih bahasa dari tulisan asal.

Friday, September 11, 2009

Good News...Tol Reduce By 20% This Hari Raya!!!

Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menawarkan diskaun tol sehingga 20 peratus kepada pengguna kenderaan kelas 1 di Lebuhraya Utara-Selatan dan ELITE untuk enam hari sempena perayaan Aidilfitri ini.Ketua Pegawai Operasi PLUS Expressways, Nik Airina Nik Jaffar berkata tawaran diskaun itu antara pukul 12 tengah malam dan 7 pagi pada 16, 17, 18, 22, 24 dan 25 Sept."Diskaun itu adalah tambahan kepada diskaun 10 peratus yang sedia ada yang sedang dinikmati oleh pengguna kenderaan Kelas 1 di kedua-dua lebuh raya tersebut di luar waktu puncak setiap hari," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.Katanya diskaun itu merupakan sebahagian daripada Program Insentif Perjalanan untuk menghargai pengguna lebuh raya seperti yang disaran Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor, baru-baru ini.

Nik Airina menasihatkan para pengguna agar mematuhi Cadangan Jadual Waktu Perjalanan (JWP) yang ditetapkan PLUS Expressways yang diperkenalkan sejak dua tahun lepas.Beliau berkata JWP yang dikuatkuasakan adalah untuk enam hari iaitu pada 18, 19, 22, 23, 26 dan 27 Sept ini."Kami menjangka jumlah trafik di lebuh raya kendalian kami terutamanya Lebuhraya Utara-Selatan akan meningkat secara mendadak kepada 1.3 juta kenderaan sehari pada waktu puncak berbanding satu juta kenderaan pada hari biasa," katanya."Jadi kami berharap agar pengguna dapat mengikuti jadual tersebut yang terbukti menjadi faktor utama menyumbang kepada kelancaran trafik di lebuh raya," katanya.

Beliau berkata semasa perayaan Tahun Baru Cina lepas, kira-kira 50 peratus pengguna lebuh raya mengikuti JWP. Risalah JWP akan diedar kepada pengguna lebuh raya bermula minggu depan di semua plaza tol utama di negara ini, katanya.Sejumlah 2,500 kakitangan PLUS dan 400 anggota Polis dan St Johns Ambulans ditempatkan di plaza tol dan kawasan rehat dan rawat sepanjang lebuh raya bagi menghadapi peningkatan jumlah trafik. BERNAMA

C I M B a.k.a Cina India Melayu Benggali...

Assalamualaikum, maaf kerana lama tak update tis blog.Almaklum bulan puase ni byk 'move' skit.Maaf sekali lagi wahai bangsaku, I just went thru the issue of 'kepala lembu' by the people of Shah Alam.Semalam juga saya berkesempatan melalui Seksyen 23, Shah Alam yang ditakdirkan akan menjadi tempat baru bg kuil tersebut.Tapi saya sungguh hairan kenapa orang2 di Seksyen 23 ni berdeminstrasi semacam pelik sangat dengan kuil.Bukankah rakyat di Malaysia ni berbilang?Bukankah dahulu zaman bapa2 kita kat kampung selalu ade 4bangsa C.I.M.B (cina,india,melayu,benggali) yang bile cina sembahyang melayu tgk muvie free, india sembahyang melayu supply kelapa.Kenapa sekarang ni sume nk bergaduh a.k.a mengasingkan ikut bangsa?Ikuti tulisan MP Shah Alam yang pada saya menarik kerana ISLAM mmg menjamin semua yang dibawah jajahan takluknya termasuk binatang & tumbuhan.Layari http://www.khalidsamad.com/ untuk bacaan lanjut....

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu.Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds.

Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’, tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim.“Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”.Tetapi Umar menolak cadangan Patriach dan solat (di luar) di tangga yang berada di hadapan pintu gereja tersebut secara bersendirian. Selepas beliau menyelesaikan solat asar, beliau (masuk kembali lalu) berkata kepada Patriach al-Quds :“Sekiranya saya mengerjakan solat tadi di dalam gereja tuan, saya merasa pasti bahawa ummat islam pada zaman akan datang akan menyatakan bahawa Saidina Umar mengerjakan solat di dalam gereja ini, maka kita boleh menukarkan gereja ini kepada masjid untuk melaksanakan solat di dalamnya”.

Kisah di atas menceritakan respon Saidinna Umar kepada cadangan Patriach supaya beliau solat di dalam gereja al-Qiamah. Respon Saidina Umar merupakan satu respon yang mengambil kira kepentingan golongan Nasrani dan Patriach sambil dalam masa yang sama melindungi Kanisah mereka.Sehubungan dengan itu, sekiranya ummat Islam adalah peroboh kuil, gereja dan synagogue seperti yang didakwa oleh musuh-musuh Islam dan turut dipercayai oleh segolongan ummat Islam yang jahil, sudah pasti Saidina Umar akan bertindak sebaliknya. Maka amatlah malang sekiranya ummat Islam sendiri tidak memahami konsep keadilan yang dipertahankan oleh Islam sepertimana yang telah dizahirkan oleh Saidina Umar. Konsep keadilan ini meliputi berbagai perkara, termasuklah keadilan terhadap orang bukan Islam sendiri.Khalifah-Khalifah Islam sebelum mengutus tentera Islam sentiasa berpesan supaya tidak dibunuh kanak-kanak, orang tua, orang yang berlindung ditempat-tempat peribadatan dan tidak diroboh rumah-rumah peribadatan mereka. Begitu juga, tidak dibunuh haiwan ternakan kecuali untuk dimakan dan tidak dimusnahkan tanam-tanaman dan menebang pokok-pokok tanpa alasan.Keadilan yang sebeginilah yang melonjakkan ummat Islam ke kedudukan istimewa satu ketika dahulu! Bukan kekejaman dan bukan kezaliman.Menurut kisah ini juga, maka adalah jelas bahawa Saidina Umar memasuki gereja dan berbincang dengan Patriach di dalamnya. Dengan itu, adalah diharapkan tiada pula dari golongan jahil yang akan menggelar Saidina Umar dengan gelaran ‛Umar Gereja’ di atas sebab ini.Saya sememangnya cukup hairan dengan sikap sebahagian dari ummat Islam dewasa ini. Mereka berhajat besar untuk memimpin dunia, tetapi tidak menzahirkan sikap yang memungkin cita-cita ini tercapai. Terlalu banyak yang disensitifkan sehinggakan tidak mungkin berbincang dan berunding dengan yang bukan Islam sama sekali. Manakan mungkin menjadi pemimpin dunia yang majoritinya bukan Islam, sekiranya kita sendiri tidak mampu untuk berinteraksi bersama mereka bagi membuktikan keadilan Islam itu sememangnya untuk semua.WaLlahu ‛Alam KHALID SAMAD

Read More[+]

Video inside - http://www.youtube.com/watch?v=0XHcHLB_Vss

Sunday, September 6, 2009

Budaya Gen-XBN

Apa nak jadi kepada bangsa kita?inikah budaya baru BN?atau mmg sejak azali mmg cmni?bala jgn diundang wahai pemuda

Majlis dialog isu kuil di Shah Alam kecoh


Majlis dialog antara kerajaan negeri dan penduduk Seksyen kecoh pagi ini - bermula dengan perang mulut antara lima penduduk yang melepaskan kemarahan mereka kepada anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Mereka bertindak demikian apabila anggota penguatkuasa berkenaan tidak membenarkan dua warga emas dari kawasan berkenaan masuk ke dalam dewan bankuet, MBSA, tempat majlis dialog itu diadakan.Kejadian itu berlaku kira-kira jam 10.30 pagi. Difahamkan sebuah rumah hanya dibenarkan menghantar seorang wakil sahaja, tetapi warga emas itu dipercayai mengikuti anaknya ke situ.Bagaimanapun, selepas lima minit berlaku pertengkaran tersebut, dua warga emas itu dibenarkan masuk.Sejurus kemudian, berlaku kekecohan kedua apabila beberapa penduduk bertindak menghalu keluar empat anggota unit amal PAS yang berada di dalam dewan tersebut kerana mereka bukan penduduk Seksyen 23.

Kira-kira 250 penduduk dari Seksyen 23 menghadiri majlis dialog berhubung isu bantahan penduduk terhadap keputusan untuk memindahkan sebuah kuil dari Seksyen 19 ke tempat mereka.Ketika itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan ADUN Batu Tiga, Rodziah Ismail sedang masuk ke dewan.Sejurus selepas itu, beberapa penduduk bertindak menghalau keluar seorang wanita yang membawa kamera dan mengambil gambar mereka yang hadir di dalam dewan tersebut.Selepas itu, apabila pengerusi majlis menyebut nama menteri besar dan ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad disebut, ada penduduk yang mengeboo mereka.
Majlis bermula dengan Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mazlan Md Noor memberi taklimat mengenai kuil di Shah Alam dan rancangan awal mengenai pemindahan kuil dari Seksyen 19 itu.Bagaimanapun, taklimat sering diganggu oleh penduduk yang tidak puas hati dengan isu tersebut.
Perbincangan hampir dua jam itu tidak berjalan lancar apabila penduduk sering menyampuk dan mempertikaikan penjelasan yang diberikan. Hanya kedengaran bunyi bising dan ungkapan tidak puas hati seperti "tipu", "kamu mahu keputusan" dan "ya atau tidak?".Ia bermula apabila penduduk enggan membenarkan Khalid Samad berucap kerana didakwa tidak mempunyai kuasa membuat apa-apa. Mereka juga enggan mendengar penjelasan lain dan menuntut Khalid Ibrahim membuatkeputusan segera sama ada untuk mengekalkan cadangan itu atau memindahkannya ke tempat lain.Apabila majlis dibuka kepada soalan, kelihatan rata-rata penduduk Melayu mendominasi sesi itu bagi melepaskan geram kepada kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang didakwanya sebelum ini lambat memberikan respons untuk berbincang.Ketegangan itu dilihat sampai ke kemuncaknya apabila seorang penduduk setempat beragama Hindu yang tampil memberikan cadangannya, hampir dibaling dengan kerusi.Bercakap soal toleransi kaum, R Gunaretinam menimbulkan kemarahan penduduk Melayu kerana berkata, setiap rumah kawasan mempunyai surau dan masjid bagi kegunaan masyarakat Islam.

"Kita boleh terima azan lima kali sehari," katanya, disambut bantahan besar hadirin dalam majlis itu yang bangun dan menjerit beliau berhenti berucap.Terdapat beberapa orang penduduk menghampiri beliau dengan keadaan marah, tetapi kira-kira 30 penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam berjaya mengawal keadaan.Ucapan akhir Khalid Ibrahim bagaimanapun sedikit sebanyak menenteramkan keadaan, walaupun masih ada yang tidak berpuas hati."Minta semua bertenang. Selepas ini tidak ada perbincangan lagi. Tidak ada lagi soal berbangkit pasal Seksyen 23 lagi," katanya sambil mendakwa faham perasaan penduduk, walaupun disuarakan dengan cara yang "tidak tertib sangat". Sumber -MALAYSIAKINI

Friday, September 4, 2009

Another election coming...???!!!


Barisan Nasional's Bagan Pinang state assemblyperson Azman Mohd Noor, 55, passed away today from an apparent heart attack. A by-election will see a Umno vs PAS rematch.

Malaysia 1st submarine


Malaysia's first submarine, 'KD Tunku Abdul Rahman,' docks in Port Klang outside Kuala Lumpur, Malaysia, Thursday, Sept. 3, 2009. Malaysia's king and government leaders have given a grand welcome to the country's first submarine. The Scorpene submarine arrived at a naval base on peninsular Malaysia's west coast Thursday after a 54-day voyage from France.(AP Photo)

Takziah atas pemergian kakak Tun Mahathir dan ibu Datuk Johari Baharum

Ucapan takziah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad atas pemergian kakaknya Habsah @ Bibi, 89, yang meninggal dunia di Pusat Perubatan Kedah (KMC) di sini Rabu lalu serta Datuk Mohd. Johari Baharum atas pemergian ibunya Che Som Ibrahim, 82 yang meninggal dunia di Pusat Perubatan Kedah (KMC) di sini pagi ini.

Jenazah kakak kedua bekas Perdana Menteri itu dibawa pulang ke rumah anak saudaranya Datin Yasmin Mashoor di Jalan Pegawai di sini dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Akar Peluru pagi ini bersebelahan kubur bapa Allahyarham, Mohamad Iskandar.

Jenazah Allahyarhamah Che som Ibrahim pula akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Masjid di sini sebelum solat Asar hari ini.

Moga roh-roh mereka akan digolongkan dikalangan orang-orang yang beriman.Al Fatihah...

Thursday, September 3, 2009

600 ahli komponen BN sertai PKR

Seramai 600 anggota parti komponen BN di Perak didakwa akan menyertai PKR pada satu majlis di Dewan Tow Boo Keong di Ipoh, Sabtu ini.Bekas anggota parlimen Lumut daripada MCA, Datuk Dr Yap Yit Thong berkata 90 peratus daripada kelompok berkenaan merupakan anggota parti MCA, Umno, MIC dan PPP dan hanya 10 peratus adalah mereka yang belum pernah menyertai mana-mana parti sebelum ini.

"Kebanyakan mereka daripada MCA dari Ipoh Barat, Ipoh Timur, Batu Gajah, Gopeng, Tambun, Kampar, Taiping dan Lumut," katanya pada sidang media di pejabat PKR Perak di Ipoh hari ini.Beliau mendakwa lebih ramai anggota MCA di Perak akan menyertai PKR selepas mesyuarat agung luar biasa (EGM) parti itu selesai yang akan diadakan tidak lama lagi.

"Ini adalah gelombang pertama... ramai lagi akan sertai PKR selepas EGM. "Kebanyakan mereka memegang jawatan di peringkat MCA bahagian dan meminta untuk mengundi dalam EGM terlebih dahulu sebelum menyertai PKR," katanya.Ditanya sama ada tindakan menyertai PKR oleh anggota MCA berkenaan ada kaitan dengan kes pemecatan timbalan presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek baru-baru ini, Yap yang juga bekas naib pengerusi MCA bahagian Ipoh Timur berkata, anggota parti berkenaan menyertai PKR disebabkan tertarik dengan idea "sistem dua parti" dan bukannya disebabkan faktor pemecatan bekas menteri kesihatan itu.Yap bersama bekas menteri kesihatan Datuk Chua Jui Meng dan bekas senator David Yeoh keluar MCA dan menyertai PKR Julai lepas. BERNAMA

Tuesday, September 1, 2009

Merdeka 2009: A nation divided

I would like to share with you the images that come to my mind when I think of Merdeka Day. I have flashes of police violence against peaceful protesters, deep lacerations on Kugan Anathan's body after spending three days in prison for alleged car theft and photos of Teoh Beng Hock on the roof of a building that houses the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC). I get glimpses of the letter which claims that top officers of the anti-graft body are in cahoots with a former politician to topple the Pakatan Rakyat-led Selangor government, former Selangor Menteri Besar Khir Toyo's mansions, the violation of the rights of the Penan, the Pahang Syariah Court's verdict to cane a Muslim mother of two for drinking beer and a group of Muslims parading a bloodied cow head to protest the building of a Hindu temple in their neighbourhood and the nation's largest financial scandal - the RM12 billion PKFZ fiasco.

To be brutally frank, that is not the end of the list.

We have a prime minister who is hell bent on staying on in power at whatever cost. PM Najib Abdul Razak has clearly shown that he would choreograph a wanton toppling of a state government to score brownie points from ruling Umno members. This resulted in Perakians being robbed off a democratically-elected leadership. Opposition politicians in the state of Selangor are his next target. Allegations that state representatives misused their funds are fashioned to allow anti-corruption officers to nab and interrogate cabinet members and their aides.

Teoh was found dead after one such questioning process. State medical examiners said it was suicide while the anti-graft officers are playing innocent at the inquest hearing. And the police are yet to investigate reports lodged regarding a letter, written by disillusioned MACC officers, saying that their top bosses are taking instructions from a former politician to topple the Selangor government. The police use chemical-laced water and tear gas to disperse peaceful protestors, including women and children, who are merely exercising their freedom of expression and assembly as enshrined in the country's federal constitution.

But they are branded as enemies of the state for holding candles at a vigil and wearing black T-shirts. However, the police watched silently when a group of Muslims paraded a chopped cow head to protest against the building of a Hindu temple in their area. The excuse given by Selangor police chief Khalid Abu Bakar is that the officer at the rally was a junior staff who did not know his job. This is a joke. It is clear that the cow head rally, as it is now dubbed, was carefully planned and executed to create fear among the masses and primarily get the Malays to rally behind ruling Umno, which lost its power base at last year's general election.
The 1969 bloody racial riots, Operasi Lalang in 1988 and the racial clash in 2001 all happened when Umno's grip on power was violently shaken as it is now. Najib, however, still fakes a penchant for democracy, diplomacy and justice while stifling political freedom for fear of losing his ability to monopolise power in the country. In conclusion, the premier's goodwill extends only so far that his interests are safeguarded.

Little reason to rejoiceThe continued suppression and violation of aborigines' rights, control of the media, attempts to silence and clamp down on alternative media and bloggers, prevalent use of preventive laws to keep a lid on dissent and rampant corruption clearly shows how little Najib cares about lending substance to his new campaign, 1Malaysia. The campaign zeroes in on national integration through equality to all races. But the ground reality brings us face to face with marginalised minorities who continue to be discriminated upon, urban pioneers who are struggling to make ends meet, a sliding economy, rising racial tension and corruption that continues to line the wallets of the ruling elite and their cronies. In short, Malaysia is a nation that is divided as never before. Despite this, the Umno-led Barisan Nasional government is gearing up for Merdeka Day celebrations with a dizzyingly complex ensemble of dance, music and parades. I am at a loss and still searching for the reasons to celebrate August 31.

Before the nation and I can rejoice in the Merdeka festivities, Najib must implement effective reforms to restore the independence of government institutions. He must state his willingness to rebuild the country's financial system and be committed to wiping out graft. Umno must stop fanning racial sentiments for its own political gains while equality to all races should not be mere rhetoric. Affirmative action policies must benefit the poor irrespective of race and religion. Police violence and arbitrary arrests must be discontinued and the media must be allowed to work independently, without the interference of the executive. If Najib could pledge the above, then Malaysians could celebrate Merdeka Day with the hope for a better future. But for now, it remains a Black Merdeka.

CHARLES SANTIAGO is member of parliament for Klang.